Selasa, Ogos 31, 2010

TEMPAYAN DAN GAYUNG


Lanjutan Isu

"Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan
berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata "kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil", lepas ini apa lagi "bala" nak datang?-Kata Datuk Seri Hishamuddin Hussein- Malaysia Kini memetik berita Bernama.

Ada berbagai pendapat tentang orang kafir (berhadas besar) masuk masjid ni.Pendapat Syafi'ieyyah mengharuskannya.Non Muslim (selain kanak2) adalah berhadas besar samada yang masuk ke dalam masjid menemui Nabi SAW atau yang diikat oleh Nabi pada tiang masjid sebagai tawanan perang.

Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan pelancong memasuki masjid terlupa kah untuk membincangkan isu hadas besar ini.Sejak terbinanya Masjid Negara dan kini Masjid Puterajaya pula jadi tumpuan pelancong (non muslim),sudah berapa 'kolah' hadas besar yang dibawa oleh mereka jika hadas itu boleh disukat dengan 'gayung'. Ustaz Hishamuddin disarankan meminta Majlis Fatwa 'memfatwakan' agar pengurusan masjid menyediakan bertempayan2 air untuk keperluan 'mandi hadas'pelancong tersebut.

Memang ada pendapat yang melarang non Muslim memasuki masjid atas alasan2 mereka tetapi tidak dalam konteks mazhab Syafi'ie dan bukan wakie' Malaysia.Jika kita mengambil pendapat ini maka ianya hendaklah diselaraskan dengan fatwa tidak membenarkan non Muslim memasuki masjid.

Oleh kerana 'fatwa' (persendirian) mengatasi fatwa resmi maka orang bukan Islam jadi keliru. Mereka mula berkata: Islam Nik Aziz lebih mudah (difahami) dari Islam 1 Malaysia.

Ketika Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 53 seorang kawan bertanya Aki, " Dulu Assalamualaikum dan salam sejahtera, kini 'Salam 1Malaysia' berkumandang di corong radio dan TV. Mana satu yang betul ni? Aki tak sempat nak fikir, Merdeka!!! 3x *- Sekian.

*[Merdeka dari api neraka insyaAllah pd 10 akhir Ramadhan]

G1- Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau


Isnin, Ogos 30, 2010

LU CERMIN LAH MUKA LU


[Lanjutan isu]

“Inilah dia Nik Aziz. Saya anggap beliau seorang ulama politik. Segala-galanya politik. Saya tidak kata orang bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam surau atau masjid tetapi hendaklah beradab iaitu dengan
menutup aurat. -Kata YB Datuk Ibrahim Ali (Perkasa)- Dipetik dari Utusan Online.

Ustaz Ibrahim Perkasa berkata demikian pada majlis berbuka puasa ahli Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur kalmarin. Aki nak tanya ustaz Ibrahim tentang wanita Islam adakah mereka tidak perlu beradab dengan menutup kepala ketika berada di surau/masjid?

Adakah hukum itu terkena kepada orang yang kita tak suka [lawanpolitik] dan tak kena kepada kawan kita atau orang yang kita sanjung?

Gambar Hiasan dari Blog Zakri Ali.

Ahad, Ogos 29, 2010

'BIAWAK BUKAN MERBAH'


Aki benar2 terkejut dengan berita orang bukan Islam memberi tazkirah dalam surau seperti tercatat pada tajuk sampingan di atas tajuk besarUtusan Malaysia 28 Ogos 2010. Takada atau habis dah ke? ustaz2 di sana hingga orang bukan Islam pula memberi 'tazkirah'? Patutlah sultan murka!.

Dengan hati yang 'meluap2' Aki membuka laptop mencari2 sumber ke2 untuk me'nuteral'kan jiwa yang bergelojok. Aki jumpa ayat ini di dalam Malaysiakini “Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,”- Kata wanita yang menjadi konterversi itu.

Apabila perkataan 'sepatah dua kata' digantikan dengan 'tazkirah' 'meletup' 1 Malaysia dengan tanggapan yang salah dan sesungguhnya ia sangat merbahaya kerana menimbulkan sentimen melulu.[apa matlamat akhbar itu menggunakan perkataan 'tazkirah' tidak diketahui]

Mengenai orang bukanIslam masuk masjid,ini fatwa Majlis fatwa Kebangsaan:-

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”

Mengenai tidak bertudung,ia mungkin janggal [yang paling baik dia menutup kepala] tetapi status non Muslim nya itu sepatutnya boleh difahami oleh kita. Yang kita tak faham ialah tentang wanita Islam yang ke huluke hilir dengan mendedahkan kepala samada dalam majlis rasmi atau tidak rasmi, dan menutup sedikit kepala dengan mengeluarkan 'jambul' ketika berada di masjid/surau.[tidak pula dianggap mencemarkan Islam]

Mengenai salah istilah ini, Aki dapat satu cerita kalmarin ketika berbuka puasa di Cemomoi. Ceritai ni dari Abang Izhar.Katanya: Ada seorang yang dipanjat biawak hingga ke atas kepala lalu dia mengirai2 [menepis2] tak juga biawak itu jatuh. Kemudian sesaorang memberitahunya: "merebah" 2x dengan nyaringnya.Lalu dijawab oleh si mangsa: "Ini bukan merbah,ini biawak".Menurut Abang Izhar 'merebah' dalam bahasa utara ialah meniarap atau merebahkan badan, bukan burung merbah.

Jadi sangat penting kita memahami istilah dan mendapat pandangan kedua supaya kita tidak menambah 'kesalahan' terutama dalam bulan yang mulia ini -Sekian.

G1-Google.

Jumaat, Ogos 27, 2010

SIAPA NAK MENGAKU 'TAHI' SENDIRI?


Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor. "Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak. - Petikan Malaysia Kini.

Maknanya Felda kalah dari segi teknikal bukan kerana ada penipuan dan penyelewengan.[tak mengaku silap dan salah] Pada Aki yang tak reti ni bahawa tentulah hakim2 [dalam kes ini semua peringkat] telah berpuas hati tentang fakta kes dan hukuman perlu dijatuhkan dan dikekalkan. Haprak sangatlah hakim jika dari mahkamah tinggi hingga rayuan terakhir gagal mengesan penipuan dan penyelewengan. Hujah bodoh Aki jika felda kalah teknikal [peguam tak hadir]; Hakim yang lebih tinggi boleh berkata: "Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam menjatuhkan hukuman kerana tidak menyedari bahawa peguam pembela tak hadir" Tidakkah itu dinamakan kemenangan teknikal.

100 kali berkata tak salah sekalipun,bukan boleh memadamkan 'tulisan malaikat' sebagaimana 100 kali menuduh orang benar itu bersalah tidak dapat menipu malaikat. Hukuman dunia berjalan seperti yang diputuskan dan kelak hukuman akhirat juga akan berjalan sebagaimana selayaknya.[apa hinanya jika mengaku salah dan silap]

Selamat menyambut Hari Raya dengan penuh bermakna dan ceria khusus kepada 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 -Sekian.

G1- Sebahagian Peneroka Kemahang 3

Selasa, Ogos 24, 2010

TAWARAN 'ISTIMEWA DAN TERHANGAT'


KUALA LUMPUR - Jarang sekali kita mendengar seutas jam tangan dijual di negara ini pada harga RM2.4 juta.

Sekali imbas, anda mungkin tertanya-tanya mengapa jam tersebut begitu mahal melebihi harga kereta Ferarri.

Namun bagi sebuah syarikat pengeluar jam A Lange & Sohne yang mengeluarkan jenama A Lange & Sohne, perkara tersebut bukanlah mustahil.- Kosmo online.

Jika ada mana2 jutawan/hartawan yang ingin menambah koleksi peribadi, inilah masanya.Tawaran yang terlalu hebat dan terhangat. Wahai para jutawan/hartawan tiada yang lebih bahagia dan seronok bagi anda semua melainkan perniagaan anda untung berganda2. Tempat tinggal yang mewah dan selesa,dikelilingi oleh isteri2 yang rupawan dan jelita.Yang lebih dari itu ialah panjang umur tiada antara dalam keadaan sejahtera dan terhindar dari penyakit merbahaya. Rebutlah tawaran istemewa ini!!!

10 malam terakhir bulan ramadhan dan lailatul qadar........ [lebih dari jam tangan 2.4 juta] Hadiahnya insya'Allah bukan di sini tetapi di sana.....- Sekian.

Gambar hiasan dari bluesriders.blogspot.com

Isnin, Ogos 23, 2010

MENYESAL TAK SUDAH


KUALA TERENGGANU – Hujan tiada, ribut pun tiada, namun sebuah rumah usang di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga dekat sini semalam tiba-tiba meletup dan menghasilkan gegaran yang boleh dirasai oleh beberapa buah rumah lain di kampung tersebut.

Dalam kejadian yang menakutkan pada pukul 12.30 tengah hari itu, mayat seorang kanak-kanak ditemui tersangkut pada dahan sebatang pokok di hadapan rumah itu manakala dua lagi lelaki cedera parah.

Ketiga-tiga mangsa itu berada di dalam rumah kayu yang agak tersorok di kampung itu ketika tragedi berlaku.

Mangsa yang terbunuh ialah Khairul Ariff Ayub, 6. Kanak-kanak itu melambung setinggi 15 meter sebelum badannya yang hampir berkecai tersangkut pada dahan pokok.-Utusan Online

Apa dosa Khairul Ariff Ayub yang pergi buat selama2nya dengan cara yang begitu menyayat hati. Sudah takdir kematiannya itu tetapi kecuaian manusia yang membawanya atau membiarkannya berada di tempat merbahaya itu mesti jadi iktibar. Orang akan berkata: Mana tahu mercun itu nak meletup. Jawab: Kalau mercun lidi atau bunga api meletup takkan sampai begitu jadinya. Tentu ada aktiviti 'ala menghasilkan bom' dilakukan dan kanak2 malang itu dibiarkan di situ.

Al Fatihah untuk adik Khairul......... -Sekian.

G1- Ihsan MyMetro.

Sabtu, Ogos 21, 2010

LAMPU NEON DAN SI MISKIN

PUTRAJAYA 20 Ogos - Kerajaan Pusat sedang mendapatkan pendirian bersama dengan semua kerajaan negeri termasuk di bawah pentadbiran pembangkang untuk menyeragamkan tarif air dan cukai tanah.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam erti kata lain jika ada cadangan hendak menaikkan tarif air dan cukai tanah, maka persetujuan perlu dicapai antara semua negeri.-Utusan Online.

Kali pertama PM secara berterus terang dipetik berkata hendak menaikkan tarif air dan cukai tanah.Jika semua negeri bersetuju [termasuk PR] maka tidak ada mainan politik, beliau dipetik.

Kelantan dengan hutang (kerjaanBN) sejak 20 tahun lalu bertatih memerintah negeri dan dengan pembangunan yang serdahana bukan sahaja berjaya bembayar hutang kerajaan pusat bahkan berjaya memimpin rakyat membangun rahani dan jasmani.Kerajaan Selangor (PR) sejak dari mula memberi 20 lp air percuma untuk meringankan beban rakyat.

Tidakah cara lain untuk memerintah melainkan menaikkan cas dan harga barang kepada pengguna (rakyat) wahai PM. Jika negeri2 boros di dalam pentadbirannya, tak bolehkah disuruh berjimat. Jika ada projek membazir hentikanlah. Jika gaji dan elaun menteri,exco dan pegawai GLC puluh ribu, potonglah sikit.

Jika ada negeri yang nak 'bangkrap' takanlah nak bebankan rakyat. Biar rakyat bankrap asalkan pemimpin terselamat dari bankrap.

Jikalau semua langkah penjimatan dan urustadbir berhemah sudah dilakukan lalu terpaksa juga naikan cas dan barangan, rasanya 1 Malaysia akan bekorban demi negara tercinta.

Dalam keadaan rakyat dipaksa membayar pelebagai cukal dan perkhidmatan dan barang naik yang tak pernah turun, tiba2 ada pengerusi GLC atau perbadanan dipertikaikan elaunnya kerana mencecah ratusan ribu/bulan atau berita dongeng orang2 besar memiliki simpanan ratusan juta, semuanya itu berita dukacita rakyat miskin/papa yang menghirup angin hampa dan memamah belulang derita.

Jika kita tidak dapat menjangkau peribadi Khalifah Umar yang memikul gandum dan berkepul2 asap dari celah jangutnya kerana memasak manisan tepung kepada rakyat miskin, sekurang2nya jadilah kita pemerintah yang ada niat hendak mendermakan [harga] sebiji lampu 'neon' yang menghiasi pagar kepada si miskin di Ulu Tembeling.*-Sekian.

*Maksudnya pemerintah mesti mempunyai cita2 untuk mensajahterakan rakyatnya bukan mengambil kesempatan menindas rakyatnya.


Jumaat, Ogos 20, 2010

MIMPI 'SOLAT TARAWIKH'


Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis dan Majlis Agama Islam Negeri menyiasat dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu.-Malaysia Kini.

Aki percaya ini isu politik. Apa2pun kita lihatlah nanti sisatan Polis dan MAIPP. Menyebut nama Ketua Menteri [walaupun berlainan ugama] dalam khutubah kepada urusan yang sesuai tak salah tetapi menggantikannya sebagai doa di tempat DYMM Yang Di Pertuan Agong adalah biadap dan keterlaluan.

Tetapi jika lapuran itu datang dari makmum yang tertidur disepanjang khutubah lalu didengarnya yang hujung2, alamatnya maru.....[Perkataan jangan zalim... bila dengar hujungnya sahaja boleh jadi Lim]

Bulan2 puasa ni pulak jangan di buat.... Diceritakan [tidak sahih] ada makmum disebuah masjid tertidur semasa khutubah lalu ia jaga semasa khatib berselawat, apalagi dengan penuh perasaan ia menjawab selawat itu dengan katanya: "Salallah wa sallama 'alaih" Apa lagi gamat satu masjid. Rupanya dia sedang bermimpi dalam majlis tarawikh.

Jangan2 terjadi di Pulau Pinang. Harapnya tidak le.... Sekian.

Gambar Hiasan.

Khamis, Ogos 19, 2010

SENDIRI MAU INGAT



Menaiki kenderaan secara "berdua-duaan" di antara pelatih yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang.Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat.Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan bahawa larangan itu dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).-MalaysiaKini.

Aki setuju benar dengan larangan tersebut. Mencegah lebih baik dari mengubati. Lebih2 lagi pelatih di IPG adalah bakal guru. Meng'akhlak'kan mereka dengan pendekatan 'menutup punca' maksiat memang anjuran Islam disamping didikan melalui kuliah,ceramah dan penerangan tentang tanggungjawab melakukan makruf dan menghindarkan kemungkaran.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa jika hendak melakukan maksiat disekat macammana pun dan dalam 'jubah serban'pun boleh berlaku.Itu tidak dinafikan. Sebab itu dalam kerangka Islam yang besar itu,pendekatan kepada menangani masalah sosial berbagai dan perlu di lakukan dari setiap sudut.

Ibarat pelayaran sebuah kapal.Semua penghuni sama penting.Nakhoda mesti memastikan kapal mengikut laluan betul[supaya tidak terlanggar batu karang], Kelasi memastikan muatan tidak berlebihan dan tidak memuat barang yang merbahaya, tukang masak menjaga dapurnya, jurutera/maknik menjaga injin dan penumpang bahagian bawah kapal jangan mengambil jalan mudah dengan menebuk kapal untuk mendapat air.

Membiarkan pelatih berdua-duaan [bukan suami isteri atau mahram] ibarat membiarkan penghuni kapal membawa tukul dan pahat untuk menebuk kapal. Sudut2 yang lain juga perlu dijaga mengikut amanah dan tanggung jawab masing2.

Jika nakhoda tidak menghalang perbuatan 'memusnah'kan kapal adakah wajar kita menukar nakhoda atau berhijrah ke kapal lain, sendiri mau ingat.- Sekian.

Gambar hiasan dari santai-blog.blogspot.com


Ahad, Ogos 15, 2010

'SEKOLAH MENGANDUNG'


Ramadhan Al Mubarrak disambut dengan 'berita' cadangan 'Sekolah Mengandung' dan cadangan supaya pelaku kes buang bayi dihukum mati di bawah 302. Ada yang sokong 200%, ada yang tak sokong. PM kata bukan semua kes buang bayi di bawah 302.

Semua minda sekarang terfokas ke arah bagaimana nak menghukum pesalah. Maka dilihatlah hukum negara China, Greek Tua, Tamil Nadu dan berbagai2 lagi.

Lihatlah Islam, ia ada hukum qisos, segala jenis pembunuhan duduk di bawah hukum tersebut. Samada siapa yang dibunuh, siapa pembunuh, sebab apa membunuh dan dibunuh.

Perkara kedua yang patut dilihat ialah punca buang bayi. Sumber JPN menyebut A.T.S.T (anak tak sah taraf) lahir setiap15.5 minit. Mudah cakap,tak akan dibuang bayi tersebut jika status ibubapanya 'clear'.

Sekali lagi kita telah gagal memenuhi kehendak Allah Pencipta. Kerana takut sangat kepada hukum sebat syariah, nah sekaranglah padahnnya.

Perkara ke tiga ialah kejujuran (kerana taat akan Allah) didalam melaksanakan sesuatu hukuman. Dalam tahun 1930an Amerika Syarikat telah menjalankan hukuman mati bagi 'pemabuk arak'. Hukum tersebut telah dibatalkan kerana gagal membendung masalah sosial. [Malaysia pun ada 39B-gagal juga membendung salahguna dadah]

Masalahnya ialah usahkan kembali kepada hukum Islam,menyebutnyapun tidak. Ustaz Idris Ahmad sebut kepada Aki: Siapa agaknya Guru besar Sekolah Mengandung? Yang Mengandung juga agaknya.-Sekian.

Gi- Gambar hiasan dari Google.

Jumaat, Ogos 13, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN


Assalamualaikum w.t.h w.b.k.

Ahlan wa sahlan wa marhaban Ya Ikhwan al Karim....

RAMADHAN, AWALNYA RAHMAT PERTENGAHANNYA KEAMPUNAN DAN AKHIRNYA LEPAS DARI API NERAKA.

Mana mungkin lepas dari api neraka jika tidak mendapat keampunan dan mana mungkin dapat keampunan jika tidak dapat rahmat dan mana mungkin dapat rahmat jika membiarkan Ramadhan berlalu dengan tidak membuat apa-apa.

Sama2lah kita rebut tawaran Allah s.wt.

Kengkawan dan pengunjung blog, maaf kerana lama tak posting berita. Ada masghul yang tersendiri. InsyaAllah jumpa lagi dalam masa terdekat.-Sekian.

G1- Google.