Rabu, Mac 31, 2010

'PERANGKAP MAUT' DI HADAPAN S.K. KERAYONG


Petang tadi Aki sempat hadir ke perasmian Mesy. Agung PIBG S.K Kerayong ke 33. Dalam ucapan alu-aluan sempena mesyuarat tersebut YDP PIBG Cikgu Johari Abdullah dan Guru Besar En A.Raman A.Majid membangkitkan tentang keselamatan murid di jalanraya. Cikgu jo minta perhatian pihak yang berkenaan selain lampu isyarat yang telah ada ditambah lagi dengan line kuning tebal bagi mengurangkan kelajuan kenderan terutama waktu sibuk.

Sementara itu Guru Besar menyifatkan jalanraya di hadapan S.K Kerayong sebagai 'perangkap maut' kerana kedegilan pemandu2 mematuhi lampu isyarat. Sambil berharap semoga tiada perkara buruk berlaku beliau juga berharap satu masa nanti akan dibina jejatas di situ yang menjadi tempat tumpuan murid dan pelajar S.K Kerayong dan S.M.K Seri Bera serta kakitangan PPD Bera. "Surat ke JKR dah lama hantar"[supaya mengambil langkah perlu] Katanya. Mesyuarat tersebut diresmikan oleh En. Mohd Izuddin b. Rupawon ADO Bera.

Aki lama dah bercadang nak masukan n3 ini ,[gambar dah lama ambik] tak jadi2 sehinggalah perkara ini dibangkitkan di dalam mesyuarat agung PIBG. Terimakasih sekolah dan PIBG. Depan mata kepala Aki pemandu samseng ter... [bukan gambar di atas] melanggar lampu isyarat di waktu sibuk bahkan ada yang hampir mengakibatkan kemalangan. Sebuah Pajero yang laju melanggar surirumah yang hendak mengambil anak sekolah juga di hadapan mata Aki.

Samseng2 itu tak ada anak yang sekolah gamaknya. Kalau ikutkan hati mahu dilambung batu supaya berderai ceremin kereta haprak tersebut. Tapi undang2 dunia tak mengizinkan lebih2lagi undang2 Tuhan -sekian.

Selasa, Mac 30, 2010

Al Kisahnya.......& Potong Q


i

Semasa menziarahi Allahyarhamah Ngah Jeriah di Bukit Che Lani ter... Aki bertemu dengan sesaorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Cu Ali. Beliau tanyaAki: "Oak sapa nama,orang panggillah......!!!" "Akinet" Jawab Aki ringkas. "Oooo orang Mentekap [Mentakab]lah, Sungai Buluh/GajahMati" Sambung beliau. "Ho'oh" Aki mengesahkan.

Dari cakapnya itu,seolah-olah dia kenal nama Aki dan dia kenal keluarga Aki. Mak Aki memang orang Sungai Buluh/Gajah Mati Mentakab. Malu Aki kerana tak berapa kenal kepada beliau yang lebih tua (lebih kurang 60 th) dari Aki. Beliaupun berpantun [merujuk kepada Mentakab]

Mentekap jambatan besi
Rumah Pasong di atas bukit
Bercakap di dalam hati
kalau tak langsung* jadi penyakit
*kalau tak langsung = kalau tidak dinyatakan

Jambatan besi merentangi sungai semantan [kalautak salah Aki] telah di tukar kepada jambatan konkrit batu sementara Rumah Pasong [Balai Polis] masih berdiri di tapak lama di atas bukit bersebelahan Masjid Besar Bandar Mentakab.

Pantun di atas banyak takwilannya. Jadi untuk n3 ini Aki tujukan khusus kepada Al Mankaraqi. Tentu rodong2 Blogger setuju dengan Aki. Jawab jangan tak jawab [sudah jawab bolehlah hantar pantun ini kepada Blogger Seri Bahasa.

G1- Bandar Mentakab zaman dulu, dilihat dari atas bukit Masjid Mentakab-tripod.com



ii

Hujan lebat sari dua hari yang menimpa Bera ini merupakan rahmat setelah dilanda panas beberapa minggu. Namun dalam rahmat ada bala. Beberapa buah rumah kekawan kita ditimpa musibah dengan ribut yang melanda [Harap mereka sabar dengan ujian itu] Malam selasa lalu Aki berserta berdozen2 pemandu lain terperangkap dengan pokok tumbang [besar pemeluk]di Kg Telok. Taklah lama... dari jam 10.39 pm hingga 11.09. Terima kasih banyak2 kepada mereka yang membrsihkan jalan [tak berapa jelas siapa dia mungkin road care] dan mengawal trafik [beberapa orang pemuda cina]

Namun dalam berbaris panjang itu ada juga yang potong Q, kalau nak cepat,orang lain pun nak cepat. Kalau tunggu lama, orang lain lagi lama. Itulah sikap manusia, mementingkan diri sendiri. Atas jalan sahaja atau potong Q ni berlaku dimana2 sahaja...Entahkah, Aki menengung sahaja. -Srkian.
G1 - Kenderaan berbaris panjang
G2-Aki sempat rakam gambar kereta yang potong Q ter.....

Isnin, Mac 29, 2010

DISANGKA BENDERA MALAYSIA RUPANYA BENDERA AMERIKA

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Malam tadi sedang Aki bersembang dengan Ust. Junaidi [anak allahyarham PakNgah Sahak-rujuk alMankaraqi] Aki di msg kepergian Ust. Ibrahim Tembangau (Ust. Hod) sedara Aki sebelah Guai. Jumaat lalu kembali kerahmatullah Bonda Hj Ideris [Ngah Jeriah-rujuk al Mankaraqi]. 20 hb lalu n3 Aki mengenai hidup vs mati.

Malam kemarin [2 hari lalu] aki mendengar kuliah Dato'Tuan Ibrahim TuanMan mengenai orang mati dibangkitkan di hari akhirat mengikut bendera masing2 [berdasarkan anutan/amalan di atas dunia] "Ada yang mengaku jadi umat Muhammad saw. mahu mendapatkan [pergi kepada] bendera Nabi Muhammad. Soalnya mengaku umat Muhammad saw bolehlah, tapi Nabi mengaku atau tidak kita ni umat dia" Katanya. "Nanti takut tersalah bendera, seperti orang melontar jumrah musim haji, bila tersesat pegawai Tabung Haji mengingatkan supaya cari bendera Malaysia.. Nampak sayup dari jauh, dia pun ikut, bila sampai dekat rupanya bendera Amerika" Sambungnya lagi.

Dato' Tuan mengulas tentang orang Islam yang menyambut maulid tapi pada masa yang sama tidak mahu menegakkan ajaran Rasulullah saw., terkeliru terhadap perjuangan mereka, disangka betul rupanya salah. - Sekian.

Jumaat, Mac 26, 2010

HANYA BENCI KENTUT BUSUK,KALAU TAK BUSUK?


Sekumpulan wanita yang menggelarkan diri mereka 'No Adulterous President' (NAP) hari ini mengadakan serangan aneh terhadap “pemimpin bermukah”, dipercayai ditujukan kepada bekas timbalan MCA, Datuk Chua Soi Lek. Kumpulan tersebut berkumpul di sebuah restoran di ibu negara dengan memakai topi daripada kad manila, berpakaian hitam dan penutup mulut dengan kertas bertulis: "No adulterous leader' (tidak kepada pemimpin bermukah). Mereka juga memegang poster bertulis: “If we get an adulterous leader, we lose dignity' (sekiranya mendapat pemimpin bermukah, kita kehilangan maruah) dan "We want clean leaders" (kami mahu pemimpin yang bersih).- MalaysiaKini.

Secara fitrahnya semua manusia menyanjungi kebaikan dan tidak suka kepada keburukan. Maruah juga merupakan nilai sejagat. Persoalannya siapa yang layak menentukan sesuatu itu baik atau buruk, bermaruah atau tidak. Apa kayu ukurnya dan apa panduannya.

Dalam kontek sebuah negara, perlembagaan adalah panduan atau ikutan untuk menegakkan kebaikan dan menjauhkan keburukan. Orang yang layak menentukan baik buruk tentulah orang yang arif tentang perlembagaan dan yang mempunyai autoriti seperti raja,PM dan hakim2.

Dalam politik pun ada perlembagaan sebagai panduan, orang yang menentukan baik buruknya mungkin persiden atau lembaga displin atau MT.

Dalam rumahtangga nilai agama atau budaya atau aturan tak bertulis turun temurun mungkin menjadi panduan. Orang yang layak melaksanakannya pastilah ibubapa.

Bagaimana jika orang yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawab di atas tadi tidak ada maruah atau dipertikaikan maruahnya?

Harapkan hakim,hakim kantoi, harapkan MT,MT haprak, harapkan bapa, bapa ayam..... Maka soal menegak,melaksana dan menjunjung kebaikan bukan letak pada peraturan yang bagus sahaja bahkan pelaksananya juga mesti bagus. Untuk jadi bagus bukan mudah, disamping kejujuran, satu elemen yang penting lagi ialah 'khouf' [takutkan balasan buruk]

Jika tidak solat contohnya akan sakit atau demam, jika tidak berzakat akan musnah harta dengan segera, sudah tentu tuan2 tak akan tinggalkan solat dan tidak ponteng zakat.Namun balasan ditangguhkan supaya terbentuk kepercayaan/keimanan kepada hidup selepas mati [akhirat] dan adanya pembalasan. Inilah[iman] nilai yang paling unggul. Bagi non muslim mungkin mereka berpegang dengan kebaikan dunia [ senang cari makan ] benci keburukan [seumpama orang benci kentut busuk] tapi bagaimana kita yang Islam ini, adakah nak hidup menungkat langit? -sekian.

Rabu, Mac 24, 2010

NILAI NIKMAT & RAHMAT

Dekat rumah
[Di salin dari SEBELUM TERBENAM]

Cuba perhatikan pokok limau dan pokok kurma tu... Berbeza... Satu hijau [segar] satu kuning [layu]. Itu baru 3 minggu tak hujan. Bila hilang [tak datang] nikmat barulah kita sedar betapa besarnya nikmat kurnian Allah swt.

Dekat loji air kertau

Ini pula Sungai Pahang yang surut, kalau surut lagi sehingga tak boleh di pam untuk dibekalkan kepada pengguna apamacam? Basuh berak dengan kertas le....macam KL satu masa dulu.

Alhamdulillah sari dua ni ujan dah mula turun di Bera ni... Kita menumpang rahmat Allah yang dicurahkan kepada:
1- Kayu/kayan [rumput/rampai]
2- Binatang ternak.
3- Kanak2 yang menyusu.
4- Orang tua yang ikhlas beribadat.

Harapkan orang macam kita ni, usahkan azan kat masjid,bom meletup tepi telinga pun kita tak sedar.

Perjalanan masih jauh.... Sekian'



Selasa, Mac 23, 2010

"Inilah peluang untuk berdakwah"



23 Mar 2010 8:24AM Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) mencadangkan supaya Rukun Negara yang pertama dipinda kepada 'Kepercayaan Kepada Allah' ekoran penerimaan bukan Islam terhadap kalimah Allah.

''Saya minta kerajaan untuk mengubah Rukun Negara pertama daripada percaya kepada tuhan kepada percaya kepada Allah.''Kita terima secara positif apa yang ditunjukkan bukan Islam walaupun terdapat kekeliruan terhadap orang bukan Islam. Tanggungjawab kita ialah menerang kekeliruan yang timbul itu," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di sini hari ini.

Dalam ucapannya itu juga, Abdul Hadi melahirkan rasa kesal apabila bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan masih lagi dipinggirkan dalam banyak aspek di negara ini.Beliau berkata, dalam sektor perniagaan misalnya, boleh dilihat bagaimana banyak syarikat lebih mengutamakan bahasa Inggeris di papan iklan dan papan tanda."Tulisan (di papan iklan) dia guna bahasa Inggeris lebih besar, bahasa kebangsaan halus saja.- klpos.com.

Di bawah tu... Aki dah ulas tentang menteri bercakap orang puteh walaupun di depan orang melayu.Itulah al kisahnya nak dikatakan berjuang melayu tak nampak apa benda yang diperjuangkan secara menyeluruh untuk semua orang melayu, nak dikatakan berjuang Islam tak ada juga benda yang besor untuk kepentingan Islam. Kroni dapat projek dan habuan, itu bukan perjuangan... Berarak dan demonstrasi isu kalimah Allah dan maulid rasul bukan perjuangan kerana dibuat pada masa dan negeri terpilih.

Sebenarnya apa yang orang melayu nok? Duduk di tengah2, Melayu ambil sikit, Islam ambil sikit atau Melayu tolong sikit, Islam tolong sikit. Atau orang melayu sudah tiada perjuangan..... Jika untung [untuk diri mereka] mereka akan pulun dapakatnnya samada dari melayu atau dari Islam, congak2kanlah - sekian.

MAKAN IKAN PAIS LIDAH MACAM MAT SALEH



Disalin dari blog SEBELUM TERBENAM

Air pahang semakin surut, di sinilah dulu abah pernah 'mengijin' [mencari kijin] seperti lokan, menyelam udang[tangkap udang],mengail ikan riyu [bersengat macam patin bersaiz sebesar jari kelinking] Tiada bot & jeti batu seperti dalam gambar tu, itu baru......

Melainkan udang, anak2 abah tak pernah tengok kijin [bahasa orang tepi sungai pahang], tak pernah makan ikan riyu [dibakar keluar lemaknya,sangat enak] Anak2 abah suka makan kentang goreng dan bebola ikan.

Ikan sungai, ayam utan, pelanduk, burung punai semuanya hanyir dan loya bagi kalian. Berger, roti john, piza, kfc amat menyelerakan bagi anak2 abah.

Menteri kita yang makan pecal, budu, ikan pais itu pun bercakap orang puteh di hadapan orang melayu. Abah bimbang kamu yang makan kfc dan berger nanti lebih telor dari pak menteri itu.

Belajar B.I dan bercakap mat saleh bagus cuma gunakanlah pada tempat yang sesuai. Makan berger dan ayam goreng tak salah, tapi pastikan yang halal - ok

Ahad, Mac 21, 2010

HIDUP VS MATI

Sabtu 20 hb, Hari gembira bagi sebahagian orang.


Salah satu majlis yang Aki hadir

Sabtu 20 hb, Hari sedih bagi setengah orang.


Aki juga hadir pada persemadian [cucunda] ini

Nabi saw. menyebut: Rebutlah peluang yang lima sebelum datang yang lima.

Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sibuk
Kaya sebelum miskin
Hidup sebelum mati

Kepada keluarga pertama, selamat menjalani kehidupan yang nokhtahnya bukan di sini [dunia]
Kepada keluarga kedua, bersabarlah kerana di sana [akhirat] kita semua akan bertemu semula

-sekian-

Jumaat, Mac 19, 2010

MUSIM KAHWIN


Sedang Aki mencongak2 berapa kenduri besok dan yang mana nak pegi dulu, hp Aki berdering. "Hallo, assalamualaikum. Alaikumussalam,ni Limi ni.. ngajok Aki sekeluarga kenduri kahwin adik ipor koi esok,maaflah lambat ngagok. Insya'Allah..Takpe, padan koi nampak bunga manggar dan kemah dekat Paya Pagor ter..."

'Besok 20 hb, ramai betoi orang kenduri kahwin. Abang Zol Seb. Temerloh,Usop Jelam, Sobian Mengkarak, Pian Seb. Guai, Razak Sebertak, Adha HAM ngajok ke Bkt. Pucong. Cikgu Han ngajok naik rumah baru dia di TokLangit, esok juga... Ni Limi pulok talipon...'

Kala jadi YB tak pegi 10 kenduri setahun, dah banyak mana hilang undi. 5 tahun 50 krluarga. Kalau satu keluarga 5 orang tambah dengan pupu poyang, darab lah sendiri... Kala majoriti kecik, jawabnya raib ruyub. Tak percaya......... tanya YB Norul, terjumpa dengan dia jumaat tadi, katanya nak pegi jengok kenduri adik ipar,dapat tahlil aje...esok besornya tapi tak dapat gi kerana ada program bersama PM di Lipis esok.

18 tahun lalu Aki gi satu majlis kahwin sebagai pengiring pengantin dan jadi saksi akad nikah. Nak dijadikan cerita, ijab kabul pertama cancel sebab saksi sebelah sana pekak. Tukar saksi kepada yang clear, dua-dua saksi menyatakan sah, wali hakim pulak buat hal, dia kata kena ulang lagi sebab pengantin lambat menyebut perkataan'TUNAI' Aki mencelah menyatakan perkataan tunai tu sunat sahaja bukannya wajib, jadi sah dah ijab kabul tu...

Sambil mengemaskan selanya, wali hakim dengan suara yang bersungguh2 dan memandang tepat kepada Aki berkata "Satu pun tak boleh tinggal, Ini Lejer KDYMM Sultan" Ternganga Aki mendengar perkataan LEJER tu... Apa yang dia maksud kan? Urusan apa yang sedang berjalan, bincang pasal akaun ke.. pasal akad?

Aki diam kerana berangapan berlawan dengan orang yang bodoh sombong takde gunanya, bukan Aki pandai.... tapi kenapa nak menyusahkan... Nabi SAW menyuruh permudahkan sesuatu yang mudah dan jangan menyusahkan. 'Aku terima nikah nya' pun dah memadai. Minta jauhlah tuan2 dapat wali hakim macam tu... Oleh kerana majlis dah kecoh... rodong Aki ni sampai 12 kali jawab tak dikira juga.. kesian. Yang ke 13, Aki tulis pada kertas dan suruh rodong Aki tu baca.. baru ok. Selamatlah majlis itu. Masa Aki menulis ni, rodong Aki ter.. dah ada 8 orang cahyamata - Sekian.

Rabu, Mac 17, 2010

WAN 'GADIS MELAYU' KEMBALI KE RAHMATULLAH


Sreet.... cermin kereta besar berplet xxx 7777 turun dengan slow lalu suara tuan kereta menyapa "Aki Net! apakabo" Jawab Aki"Baikkkk" Sudah 20 tahun suara itu Aki tak dengar kerana lama tak berjumpa. Itulah suara Othman [orang Guai panggil Yahya] anak MakNgah Timah yang baru meninggal, Suara Pak saudara kepada Khairul Noormaidah Zali (Aida) pemenang tempat pertama rancangan realiti TV 9 'GADIS MELAYU' satu masa dulu.

Bejalan kaki 2 km dari tebing Bilal Bakar hingga ke belakang Sekolah Keb. Guai suatu yang biasa dulu [1970an] tetapi tidak sekarang. Termengah2 Aki mengikut langkah PakNgah Tor dan Monel menuju ke rumah wan [panggilan untuk nenek bagi orang Guai] 'Gadis Melayu' Tv 9 ter.... Sekitar jam 11.30 jenazah disembahyangkan berimamkan anak almarhumah [kala kita dapat anak soleh yang boleh mendoakan kita, alhamdulillah] ' Mat Polis' abang kepada Othman tadi. Sementara ayah 'Gadis Melayu' ter... digelor Mat Soleh oleh orang Guai adik kepada Mat Polis. Kala tanya di K.L nama tu... pakai ker tak jumpalah.

Mengiringi jenazah untuk ke kubur, Aki meninjau2 kala2 ada lagi batang peradong [batang besar dan tinggi,rasa buah masam/manis]di tepi padang sekolah,tak nampak... barangkali dah jadi aruah juga. Waktu rehat berebut buah peradong dengan Adi [sekarang Ustaz Hadi H.M] diselang seli kan dengan kueh lepat dan pisang embun yang dibawak dari rumah. Sapa sekolah Keb. Guai tahun 70an mesti ingat batang peradong ter....

Menyemberang sungai untuk balik [dengan bot] ditengah panas terik, Aki terasa aus [dahaga] tapi tak berani nak menegok 'air pahang' tidak macam zaman sekolah dulu. Kata orang sungai dah tercemar [sapa duduk belah ilir bandar Temerloh akan minum air sungai pahang yang tercemar dengan asid kilang kertas] Cerita itu tidak dapat disahkan, hanya cakap2 sahaja.

Imbauan Aki kepada guru2 Sek. Guai macam air sungai pahang, sekejap jernih,sekejap keroh,sekejap pasang, sekejap surut. Antara cikgu yang Aki ingat ialah C . Mahyuddin Kuala Lanar, C. Alias Durian Tawar, C. Fadlillah Lebak, C. Fauziah, C. Jesmon Johor, C. Zawawi Kelantan dan lain2.

Terima kasih semua cikgu S.K. Guai di atas jasa kalian- sekian.

G.1 - Keluarga Khairul Noormaidah Zali (Aida) G.2- Sek. Guai di lihat dari tempat Aki menyemberang [klik utk besar] G.3- Jeti Bilal Bakar 2km dari Sek. Guai.

Sabtu, Mac 13, 2010

SEBAB APA? SEBAB APA?


Salam sejahtera rodong2,

Beberapa hari ni Aki tak menjengok langsung blog Aki dan blog rodong2 kerana masalah talian internet. Dalam heboh kulu kilir, Aki sempat menziarahi sdr Mazlan Aliman (anak peneroka) yang kena tahan/siasat dan dibebas atas jaminan polis [cerita lanjut - pahang kini ]

Masa Aki dekat IPD Raub ter... Aki bertemu dengan Penulis skrip dan Dramatis Man Kadir [blogger tokperan] yang hadir sama menjengok Mazlan. Borak dari cerita pokok cactus yang boleh dimakan buahnya [macam buah naga bersaiz ibujari],hinggalah ke soal kenapa ayam mati dilanggar lori balak? Sebab ia makan lipan mati di tengah jalan. Sebab apa ia makan lipan di tengah jalan? Sebab tuan ayam tak beri ayamnya makan.

Sebab apa tuan ayam tak beri ayamnya makan? Sebab tuannya tak manpu. Sebab apa tuannya tak manpu? Sebab harga barang naik. Sebab apa harga barang naik? Sebab harga minyak naik [nak naik lagi,tapi tangguh dulu] Sebab apa harga minyak naik? Sebab orang besor pakai minyak free........

Begitulah al kisahnya bila beborak dengan penulis/dramatis, idearr nya mencurah2 macam tangki air pecah musim kemarau. Mengakhiri perbualan tokperan nasihatkan Aki: 1- Jangan tanam bunga ros depan tangga. 2- Jangan berkawan baik dengan xxxxx [huriannya akan datang] - sekian.

Gambar 1 - Man Kadir sedang makan buah kaktus.

Isnin, Mac 08, 2010

BERUBAH?


Ini bukan iklan kereta atau iklan papan tanda. ini iklan yang berbunyi 'CINTAILAH SUNGAI KITA' Satu seruan yang sangat baik,satu seruan menyedarkan kita betapa alam kurniaan Allah mesti dipelihara dan dipulihara. Sayang papan iklan ini sendiri tidak dipulihara.

Ia ibarat guru yang menyuruh muridnya berakhlak baik sedangkan dirinya comot dengan perangai buruk. Kalaulah papan iklan itu boleh bersuara tentu ia akan menjerit "Bukan salah akuuuu......" Tentulah papan iklan itu menyalahkan pihak yang bertanggungjawab.

Kalau guru atau imam atau bapa yang menyuruh anak buahnya berakhlak baik sedangkan perangainya buruk, dia nak menjerit tutur bagaimana, nak menyalahkan siapa? Salahkan mentornya, kiyainya atau moyangnya. Kalau dia pemerintah menyuruh jelatanya berbuat baik sedangkan dia jahat, siapa yang patut menjerit? Siapa yang patut disalahkan? Orang dulu2 [cap kapai layar] atau [cap bulan bintang] atau salah sendiri.....Kenapa tidak mahu berubah?

Wahai manusia... zahirkanlah kebaikan di dalam diri mu itu, berbuat baik dan berlaku adillah terhadap diri sendiri dan orang lain. Jika si jahat mahu anaknya jadi baik, itu bermakna ia ada potensi untuk berubah. Inikan pula tuan2 yang memang baik, lakukan kebaikan yang lebih lagi semuga dunia akan bertambah baik.

Perhatikan roda kereta dalam gambar di atas, nampak satu sahaja, tapi tuan2 percaya bahawa ia mempunyai 4 roda sempurna, tentu ada dalil yang menyokong kepercayaan tuan2. Begitu juga untuk menilai manusia mana yang mahukan kebaikan, sebenarnya anda ada dalilnya dan boleh berubah dan mengubah - sekian.

Ahad, Mac 07, 2010

PELIK YANG TAK PELIK


DION Bakar mempamerkan aksi luar biasa membaca akhbar sambil mengapungkan diri di permukaan air tanpa sebarang alat apungan di Pengkalan Balak, Alor Gajah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 6 Mac - Bolehkah anda melayari Internet selain bercakap menggunakan telefon bimbit dan membaca surat khabar sambil mengapungkan diri tanpa menggunakan pelampung di tengah-tengah laut?

Itulah gelagat pelik dan menakjubkan ditunjukkan oleh bekas juruterbang pelbagai pesawat selama 40 tahun, Abu Bakar Mohamad, 66, atau lebih dikenali sebagai Dion Bakar.Malah kata Dion yang merupakan anak jati kelahiran Melaka, dia pernah mengapungkan diri kira-kira 4 batu nautika dari pantai Pengkalan Balak dan pernah melakukan perkara sama di Sungai Pahang.

Menurutnya, beliau memperoleh 'ilmu' mengapungkan diri sewaktu mendapat pendidikan sekolah pondok di Demak, Jawa Tengah ketika berusia 10 tahun.- Petikan UtusanOnline.

Kita diajar, jika perkara pelek berlaku kepada Rasul dan Nabi2, ia adalah mukjizat. Jika berlaku kepada wali2 Allah ia adalah karomah. Jika berlaku kepada orang2 soleh ia adalah ma'unah [bukan kumpulan ma'unah] Jika berlaku kepada orang jahat ia adalah 'istidraj' atau sihir.

Aki harap keistimewaan DION Bakar itu menjadi dalil kepada kita akan Kebesaran Ilahi yang boleh memberi apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang Ia kehendaki. Mudah2an ianya memadam api kesombongan kita, kerana setiap manusia ada kelebihan masing2 - sekian.

[ada kawan Aki berangan nak berjalan atas air, lalu gurunya berkata " Pak Kassim" yakni Labah2 pun berjalan atas air. Ia pun mematikan hasratnya itu.]

Sabtu, Mac 06, 2010

BANYAKNYA DUIT DIA.........

Gambar hiasan
KL Pos.com -03 Mar 2010 12:58PM

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta (RM436,165) sebagai bersifat peribadi sebaliknya dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.

"Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga,'' katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Pers atuan Cina Malaysia di sini semalam.

Kalau lu olang dapat, lu olang mau taluk mana? Mau jual beli itu keleta 'Alphard' atau mau lelong kasi angkat wang? atau mau gantung di dinding macam itu menteli? Nanti kalau ada orang miskin datang lumah lu, dia boleh kasi 'hidu' itu jam, bole kenyang juga.

Samada benar atau tidak kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat itu 'lu pikir lah sendiri' Kata bebudok zaman ini mengenai sesuatu pemberian yang luar biasa mesti 'ada udang di sebalik mee'

Masa Aki sekolah dulu,Aki terbaca kisah Bujal yang kena 'spotchek' [entoh betul ke tidok ejaannya] oleh pengawas lalu dijumpai sekotak rokok didalam beg sekolahnya.Demi menyelamatkan diri Bujal dengan selamber berkata " Ini rokok ayah saya suruh beli untuk dia"

"Wa punya wang,ikut wa punya suka maa.. "Ya........ Aki bukan dengki, bagi orang miskin sama saja nilai jam yang berharga Rm 43.60 dengan Rm 436 ribu. Gunakan apa2 perkara dengan bijaksana. Orang ramai gelisah mendengar komsen sana juta,komsen sini juta yang diperolihi oleh orang besar2 sedangkan mereka[rakyat] menanti barang naik macam menanti Tsunami.

Disamping seluar kita yang dah terlampau ketat, ada seluar2 yang longgar bahkan yang telanjang tanpa seluar - sekian.

Rabu, Mac 03, 2010

'IMAM BERDANDUT MAKMUM HAVY METAL'


Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata: Guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek 'pendidikan seks' Guru2 takut mereka mungkin disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid2.
Malaysia adalah sebuah negara dengan pelebagai bangsa,agama dan budaya,dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing2 mengenai subjek itu menjadikan pengajarannya lebih mencabar -kosmo, 3 mac 2010.

Menurut Kosmo, Su NUTP itu bersetuju dengan subjek 'pendidikan seks' diajar di sekolah tetapi bimbang akan pekara yang beliau sebutkan di atas. Itu pandangan orang kesatuan yang nak jaga anak buah, takut kena saman, menepati kedudukan beliau sebagai su NUTP. Mafhum muqobilnya; Jika selamat guru2 dari disaman dan mendapat latihan yang cukup, carry on lah.

Soalnya bagaimana implikasi2 lain yang timbul hasil dari 'pendidikan seks'itu. Objektifnya pun masih kabur. Apakah matlamatnya untuk murid2 tahu dan faham cara2 'melakukan seks' dengan selamat? Kalau itu lah... sama macam iklan 'JANGAN MEMANDU KETIKA MABUK' matlamatnya ialah untuk menghindarkan kemalangan jalanraya, mengabaikan kemalangan akal dan jiwa. Melakukan seks [bertentangan dengan norma dan hukum agama] tak apa, asalkan selamat dari penyakit dan tidak melahirkan anak. Oooo No,no,no....... [matlamat yang silap]

Jika matlamatnya untuk kemurnian dan menyuburkan budaya sihat, pada Aki tak perlulah menambah beban kerja guru2, biarlah 'pendidikan seks' itu berkembang menurut norma agama dan fitrah kejadian manusia. Kambing tak pernah masuk 'sekolah seks' tetapi waktu 'mengawan' ia boleh membezakan antara kambing betina yang bunting dengan yang tak bunting lalu ia tidak mengawan yang bunting kerana itu undang2 nenek moyang si kambing itu.

Cuma pengawasan dan tunjuk ajar ibu bapa dan masyarakat amat perlu bahkan undang2 pihak berkuasa wajib dalam memastikan fitrah kemanusiaan itu tidak tersasar kepada perangai yang lebih buruk dari binatang, bukan dalam masalah 'pendidikan seks' sahaja tetapi kepada seluruh aspek kehidupan. Kata motivator " Perasaan kasih kepada anak dara orang itu sesuatu yang biasa, Peluk anak dara orang itu yang luar biasa" Diajar salah, tak diajar salah. Silap2 ajar 'guru kencing berdiri murid kencing berlari' atau ' Imam berdandut makmum havy metal' - Sekian.