Khamis, Februari 25, 2010

MAULID AR RASUL

Sepanduk hasil ciptaan pelajar S. M.K.Seri Bera sempena sambutan maulid ar rasul 1431 h/2010 m pada 25/2/10 - mohon kebenaran utk siaran

Ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum ya akhi almuslimin. Selamat menyambut keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. 1431 h/2010 m.

Sekitar 9.00 pagi terdengar suara selawat semakin lama semakin jelas sehingga Aki melihat berdozen2 pelajar lelaki dan perempuan di dalam kumpulan masing2 bersama guru2 mereka mengalunkan selawat memuji Nabi Muhammad s.a.w. berjalan bersaf2 melalui tepi rumah Aki. Mereka adalah pelajar dan guru S.M.K.Seri Bera yang menzahirkan rasa gembira,kasih/cinta dan syukur atas keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan cara berselawat, berarak dan membawa sepanduk.

Maka kita saugianya bersama2 dengan umat Islam yang sayangkan 'Junjungan Pelita Alam Nabi Muhammad S.A.W.' menyata dan menzahirkan kecintaan kita kepada Baginda melalui pelebagai cara yang tidak bercanggah dengan syarak. Ada yang berarak,ada yang berzanji,ada yang berceramah/mendengar ceramah dan yang lebih besar dari itu tentulah mengikut sunnah Nabi S.A.W.

Mafuhum dari objektif diutus Rasulullah s.a.w antaranya ialah:
1- Syahidan - Menjadi Saksi [bagi pihak Allah] tentang risalah ajaran Allah telah disampaikan supaya manusia tidak dapat membuat dalih dan alasan di hadapan Allah di akhirat.
2- Mubassyiran - Membawa berita gembira akan kehidupan selepas mati bagi mereka yang beriman dan beramal soleh.
3- Nazi~ran - Memberi amaran kepada mereka yang kufur dan ahli maksiat.
4- Da'ieyyan - Menebarkan seruan Islam [dengan perentah Allah]sehingga dirasai nikmatnya oleh sekelian alam.
5- Siro~jan muni~ran - Rasulullah s.a.w. sebagai pelita/lampu yang menyuluh manusia supaya tidak sesat.

Kasi alasan sama Allah, taraak. Tak percaya lepas mati ada bangkit, percaya. Apa tunggu lagi buatlah... Tengok itu nikmat serupa rezeki,semua Dia kasi. Ada lawan ka.. tarak lawan ka.. Sebenarnya Allah memberi ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri kita.

Adapun sambutan maulid [menyambut ulang tahun] keputeraan Nabi s.a.w. , disamping cara yang tidak bercangah dengan syarak,hendak juga dipastikan bahawa kehidupan seharian mereka [yang menyambut] tidak merendah,melekeh dan menghinakan Nabi s.a.w. sebagaimana Abu Lahab [Bapa saudara Nabi] yang menyembelih 100 ekor unta meraikan kelahiran Nabi s.a.w. tetapi menjadi penentang Nabi s.a.w. yang paling hebat - sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون